
.
- Malaysia hari ini

- Aug 7, 2022
- 1 min read
Sungai Petani: Pengawal keselamatan yang cedera di kepala dan tangan kiri akibat dilibas pedang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.
Mangsa Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 petang selepas dimasukkan ke hospital terbabit sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dibubungi mengesahkan mengenai kematian mangsa namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.
Difahamkan, mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan punca kematian mangsa hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.
Terdahulu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.
Tertuduh, R Subramaniam, 41, mengaku bersalah terhadap perbuatannya itu sebelum mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan penuh mangsa.
.png)




Comments