PENDAKI WARGANEGARA PERANCIS MAUT DI GUNUNG JASAR, CAMERON HIGHLAND
- Malaysia hari ini

- Aug 7, 2022
- 1 min read

Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang memaklumkan menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 berkaitan kes kecemasan mangsa pengsan di hutan sewaktu sedang melakukan aktiviti 'hiking'. Bertindak dengan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba Cameron Higland dikejarkan ke lokasi diketuai oleh PBKII KUP Mohd Yazid bin Mohd Yusof.
Komander operasi kemudiannya melaporkan mangsa tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Perancis berumur 52 tahun didapati tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Pasukannya bertindak memberi perawatan awal bantuan pernafasan kepada mangsa namun gagal menerima sebarang tindak balas. Mangsa tersebut seterusnya dibawa turun dengan menggunakan strecher sehingga ke kawasan selamat sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di lokasi. Mayat diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan lanjut. Operasi tersebut turut dibantu oleh agensi lain seperti PDRM dan APM dengan menghantar bantuan keanggotaan seramai 7 orang. Operasi tamat
.png)


Comments